Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pelanggan setia Hajah Restoran.Semoga tahun ini membawa lebih kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.
Alhamdulillah di tahun baru ini nampaknya sambutan dari pelanggan semakin menggalakkan. Untuk tahun baru ini terdapat beberapa menu baru antaranya Nasi Putih & Ayam Gajus, Nasi Putih & Ayam Kampung Kicap & yang paling mendapat sambutan pastinya hidangan Nasi putih & Ayam Kampung Penyet.
Terima kasih kepada semua pelanggan tetap khususnya kepada pelajar-pelajar UNITEN, Kajang yang saban hari berkunjung ke Hajah Restoran samada di waktu tengahari mahupun malam. Sebagai menghargai kedatangan mereka, di tahun baru ini Hajah Restoran memberikan potongan dan harga istimewa kepada semua yang bergelar pelajar tak kiralah dari mana pastinya special price untuk pelajar yang tiap-tiap hari berkunjung. Sila tunjukkan kad pelajar anda....(Disebabkan semakin ramai yang mengaku pelajar....)
Akhir kata Selamat maju jaya....
No comments:
Post a Comment