Thursday, January 13, 2011

Lembaran 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pelanggan setia Hajah Restoran.Semoga tahun ini membawa lebih kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Alhamdulillah di tahun baru ini nampaknya sambutan dari pelanggan semakin menggalakkan. Untuk tahun baru ini terdapat beberapa menu baru antaranya Nasi Putih & Ayam Gajus, Nasi Putih & Ayam Kampung Kicap & yang paling mendapat sambutan pastinya hidangan Nasi putih & Ayam Kampung Penyet.

Terima kasih kepada semua pelanggan tetap khususnya kepada pelajar-pelajar UNITEN, Kajang yang saban hari berkunjung ke Hajah Restoran samada di waktu tengahari mahupun malam. Sebagai menghargai kedatangan mereka, di tahun baru ini Hajah Restoran memberikan potongan dan harga istimewa kepada semua yang bergelar pelajar  tak kiralah dari mana pastinya special price untuk pelajar yang tiap-tiap hari berkunjung. Sila tunjukkan kad pelajar anda....(Disebabkan semakin ramai yang mengaku pelajar....)

Akhir kata Selamat maju jaya....

Saturday, September 11, 2010



Alhamdulillah
Sempena aidilfitri yang lalu, Hajah Cookies telah menerima tempahan di luar jangkaan.
Antara cookies yang diedarkan pada tahun ini ialah Somalia Cookies (Best seller), Crunchy Oats, German Cookies (Best Seller), Green Bite, Crystal Blue(New), Almond Fingers(new), Lovely Nuts, Coconut forever.
Harga yang ditawarkan pada tahun ini memang berbaloi bagi pembeli cuma RM14.00 sebalang.
Selain itu tempahan untuk kek buah dan kek lapis juga banyak hingga tak menang tangan untuk dibuat.
Insyaallah cookies cookies baru akan menyusul di tahun hadapan. Kepada semua pengedar-pengedar biskut raya Hajah Cookies. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.
Semoga berjumpa lagi ditahun hadapan.